Home . Reading . Kempen Pemetaan Penyelesaian U-Report

08 Sep 2020

Kempen Pemetaan Penyelesaian U-Report

Oleh Chong Yin Wei, Nicholas Loke, and Steven Tan Pasukan Pemetaan Penyelesaian, Makmal Akselerator Malaysia

Menanggapi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Makmal Akselerator di UNDP, bersama-sama dengan UNICEF Innovation melancarkan kempen pemetaan penyelesaian U-Report untuk memahami isu-isu yang muncul dan untuk mengenal pasti penyelesaian inovatif dalam menangani masalah ini. Kempen selama sebulan yang berlangsung dari 8 Mei hingga 12 Jun 2020 mendekati masalah dari kisah-kisah yang mendasari inovasi akar umbi, yang memperlihatkan keperluan terdalam masyarakat.

1. Tiada Golongan yang Tercicir  Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) 

oleh AIESEC

Get Fit Get Inclusive’ adalah suatu projek yang dilancarkan oleh ‘AIESEC in Sunway’. Objektif projek tersebut adalah untuk mempromosikan kebebasan dan persepaduan kanak-kanak kurang upaya dalam komuniti mereka.

Bersama-sama dengan komuniti AIESEC yang lain, program-program yang dirancang termasuk, membantu ibu-bapa kanak-kanak kurang upaya secara atas talian untuk melakukan aktiviti-aktiviti perkembangan kemahiran motor, menemu-ramah ibu bapa tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan hidup dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka, dan melancarkan aktiviti crowdfunding untuk meningkatkan kesedaran bagi komuniti OKU.

Usaha-usaha komuniti seperti ini amat penting untuk mengisi jurang dan memastikan bahawa komuniti OKU disokong, terutamanya pada masa kesukaran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek ‘Get Fit Get Inclusive’, layari: Instagram: @gfgi.malayisia Facebook: www.facebook.com/getfitgetinclusive/

2. Doa dalam Talian yang Membantu Menyatukan Komuniti Warga Emas

oleh Abdul Rahim bin Udin

Abdul Rahim bin Udin mengetahui bahawa iman dan kepercayaan penting untuk menyatukan komuniti dalam masa pandemik. Oleh itu, dia menggunakan pengalaman teknologi maklumatnya untuk membantu warga emas mengadakan program Tadarus Al-Quran secara talian.

Aplikasi ‘Jitsi Meet’ membolehkan warga 60-75 tahun di komunitinya berzikir Al-Quran bersama. Menurut Abdul, aplikasi tersebut yang muda digunakan memudahkan pengguna-pengguna veteran yang kurang mahir berkenaan sistem teknologi.

Kisah ini menunjukkan betapa pentingya alat digital untuk semua golongan peringkat umur dalam memastikan komuniti masih boleh berhubung antara satu sama lain semasa pandemik.

3. Topeng Muka untuk Wanita Muslim 

oleh Muhammad Sufi Iman bin Samsuhaimi

Sufi Iman, seorang 14 umur budak lelaki dari Kelantan yang mempunyai minat terhadap seni telah menciptakan perniagannnya. Pada tahun 2018, dia bermula berlajar mengait dan berjaya menjualkan kraf tangannya untuk menyara keluarganya. Apabila berlakunya pandemik, dia mendapati bahawa wanita yang memakai hijab menghadapi kesusahan dalam memakai topeng muka.

Sufi telah menyebutkan: “Saya mengaitkan cangkuk ini untuk ibu saya kerana kesusahan memakai topeng muka dengan hijabnya. Cangkuk ini membantu dia memakai topeng muka dengan senang semasa kerja dan mengekalkan kecantikan dia.”

Cangkuk ini boleh dilaraskan dan akan memastikan topeng muka tetap di tempatnya. Ibu Sufi telah memujikan Sufi sebagai budak lelaki yang taat dan lembut.

4. Mencuba Memecahkan Rekod Dunia Dengan Menyebarkan Tenaga Positif

oleh Bhoshaga Mitrran a/l Ravi Chandran

Pada masa-masa kesusahan, kebanyakan kita berada dalam kerisauan tentang masa hadapan dan memerlukan sokongan.

Dimulakan oleh 20 pelajar-pelajar Universiti di Malaysia, ‘The Shout Project’ bertujuan untuk memperkasakan pemuda-pemuda untuk menyebarkan mesej positif dengan mencuba memecahkan Rekod Dunia Guinnness pada masa yang sama. Projek ini mengumpulkan seberapa banyak video 15 saat dari individu di seluruh dunia, kemudian dimuat naik ke www.shoutmylifestyle.com dan diserahkan kepada Rekod Dunia Guinness. Pasukan pelajar-pelajar ini pun telah menjemput tetamu berinspirasi untuk bercakap di platform Instagram dan YouTube ‘live’ untuk menyampaikan mesej positif dan berpaduan. Setakat ini, inisiatif ini mempunyai lebih daripada 4,000 penyerahan oleh individu dari 180 negara!

Inisiatif ini menunjukkan bahawa semangat kebersamaan dapat menghadapi kenyataan keras pandemik global.

5. Bekerja di Rumah 

oleh Urvashi Pathak

Bekerja dari rumah mempunyai cabaran-cabarannya.

Untuk mempunyai persekitaran kerja yang kondusif, Urvashi Pathak membenarkan ahli-ahli keluarganya yang bekerja memilih tempat kerja yang dihendaki. Dia juga menyediakan catatan untuk memastikan ahli keluarga bekerja dengan semangat. Penyelesaian ini memperkenalkan kebertanggungjawaban sesame ahli-ahli keluarga untuk memotivasi dan mengawasi antara satu sama lain. Alat yang sejagat – solusi ini boleh digunakan di mana-mana tempat yang biasanya orang tinggal bersama untuk jangka masa yang panjang.

Urvashi juga dapat menjaga dirinya dan ahli keluarga melalui hiburan dan aktiviti social media tanpa melibatkan diri secara fizikal dengan orang lain. Mereka juga telah meningkatkan kemahiran mereka dengan belajar kursus dalam talian seperti pengaturcaraan asas, memasak, membuat persembahan dan belajar bahasa-bahasa baru. Diharapkan penyelesaian ini dapat membolehkan orang bekerja dari rumah dengan lebih cekap.

6. Pembelajaran yang Menyeronokkan Melalui Gamifikasi

oleh Ahmad Afandi bin Yusri

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, para murid-murd dan guru-guru perlu bekerja dan belajar secara digital. Ahmad Afandi, seorang guru dari SK Bayan Lepas 2, telah mencipta ‘Inomaj’ – sebuah aplikasi yang secara inovatif yang telah membolehkan para pelajar untuk mempelajari dengan kad imbasan dari rumah mereka .

Ahmad telah menyatakan bahawa, “Pelajar mendapati pembelajaran lebih menyenangkan dan berkesan melalui aplikasi ini dan ibu bapa murid-murid juga menyokong penyelesaian inovatif ini. Aplikasi ini membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran menulis karangan mereka dengan penambahbaikkan perbendaharaan kata mereka.” Inomaj juga bertambah baik dengan menambahkan pelbagai kategori amalan kata.

Aplikasi ini juga telah memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa. Contohnya, Inomaj telah berjaya memperoleh 1 “diamond award” di Pertandingan Inovasi Antarabangsa, INIIC 1/2020. Selanjutnya pada tahun 2019, kit inovatif pendidikan ini telah memenangi dua “gold medals” di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, Inomaj juga telah memenangi program MAGRIS dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia.

7. Pengakap

oleh Muhammad Fawwaz bin Rajah

Robert Baden-Powell, seorang askar Inggeris pernah berkata: “Seorang pengakap bersenyum dan bersiul dalam semua keadaan”. Semangat ini diwarisi oleh seorang pengakap lelaki, Muhammad Fawwaz bin Rajah, dari Selangor, telah mengambilkan inisiatif untuk bermula membuat aktiviti interaktif seperti kuiz pengakap yang disebut “#KBSCOUTWEEK”.

Dia telah menyatakan bahawa: “Melalui program ini yang saya mulakan dengan bantuan Persatuan Pengakap Kelautan MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang, ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pelajar selama MCO kerana pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dari rumah dan tindak balas dari para pelajar sangat memberangsangkan.”
Dia juga telah memberitahu bahawa kuiz ini mudah difahami dan memudahkan pemain untuk berinteraksi dan bersaing antara satu sama lain dengan rakan-rakan. Dia telah menyatakan bahawa dia dapat merasakan kegembiraan membina dan mengekalkan persahabatan dengan rakan-rakannya walaupun tidak dapat bertemu dengan mereka secara fizikal. Selanjutnya, dia menambahkan bahawa, “Saya juga dapat memberikan teman dan rakan pengakap saya peluang untuk belajarkan tentang kepengakapan dengan penggunaan modul yang digariskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.”

8. Taman Sayuran

oleh Syafieqah binti Ahmad

“Menanam adalah mempercayai pada masa depan” – Audrey Hepburn.

Syafieqah Binti Ahmad, seorang guru dari Negeri Sembilan telah memulakan “Veggie Garden” di rumah semasa PKP. Dia telah berkongsikan bahawa kebunnya membolehkan keluarganya menyediakan makanan sendiri kerana mereka dapat menuaikan sayuran dari kebun mereka. Dia juga telah menyebutkan bahawa: “Selama PKP yang diumumkan, saya telah bermula menanam untuk mengisikan masa lapang saya. Kebun ini memperolehkan saya menyediakan makanan yang sihat dan cukup untuk keluarga saya, dan juga menjimatkan wang sementara menikmatikan aktiviti menanam.”

Syafieqah berkongsikan sayurannya dengan jirannya dan juga mengalakkan mereka bermula menanam di rumah mereka. Dia juga telah merekodkan “Veggie Garden” dia dengan merakam video dirinya memperkenalkan “Veggie Garden”, dan dia mengharapkan inisiatif ini akan mengalakkan komunitinya untuk bermulakan menanam mereka di rumah. Inisiatif ini diharapkan dapat berkekalkan dan mempengaruhi komunitinya pada masa depan.

9. Membuat Video Trending Sebagai Ulang Kaji untuk Pelajar

oleh Dewi Hiu binti Iskandar Hiu

Semasa PKP, teknologi digital dan pembelajaran secara talian menjadi wajah sektor pendidikan. Cik Dewi Hiu dari SMK Rantau di Selangor menyesuaikan dirinya dengan melakukan ‘Don’t Rush Challenge’ bersama pelajarnya sebagai kaedah mengulangkaji untuk peperiksaan SPM 1119 (Bahasa Inggeris) mereka.

 

Berasal dari aplikasi TikTok, Cik Dewi mengadaptasi tren tersebut dengan meminta murid-muridnya menggambarkan sebuah watak and motif dalam novel ‘Dear Mr Kilmer’. Ini dilakukan melalui enam langkah sederhana dari satu watak ke watak lainnya. Tiga video pelajar yang terbaik diberi hadiah e-Duit Raya.

10. Jurnal Kesyukuran Sebuah Anak Semasa PKP

oleh Nazihah binti Idris

Walaupun hampir seluruh dunia makin berkembang terhadap digitalisasi, tidak semua penyelesaian inovatif seharusnya menjadi digital. Cik Nazihah menggalakkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun untuk menulis Jurnal Kesyukuran semasa PKP.

Meskipun tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakannya, anak perempuan Cik Nazizah masih mempunyai banyak alasan untuk bersyukur. Beberapa abjadnya termasuk bersyukur untuk keluarga yang bahagia, menjadi orang yang bebas dari COVID-19, dan memakan ayam goreng. Pada bulan Ramadan, aktiviti ini diperluas ke buku harian macam komik. Menurut Cik Nazizah, activiti ini “meningkatkan emosi positif anak semasa PKP dengan melihat setiap ujian ada hikmah dan banyak perkara kita boleh syukuri”.


Oleh Chong Yin Wei, Nicholas Loke, and Steven Tan
UNDP knowledge product